Posted by: abcdyg | December 14, 2009

Rejim Zionis simpan 300 mayat pejuang Palestin

Israel tidak beri sebab tidak serah kepada keluarga sejak 1976

RAMALLAH: Israel menyimpan mayat kira-kira 300 pejuang Palestin yang terkorban dalam peperangan dengan askar rejim itu di kubur rahsia yang dikenali sebagai ‘Perkuburan Bernombor,’ kata Menteri Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Issa Qaraqi.

Ketika melawat keluarga Palestin di kawasan Perkampungan Arourah di Tebing Barat, di utara Ramallah kelmarin, Issa berkata, Israel mencabul undang-undang asas antarabangsa dengan menyekat hak keluarga rakyat Palestin daripada menuntut mayat berkenaan.

innity_country = “MY”;innity_client = “17”;innity_zone = “761”;innity_channel = “”;innity_keyword = “”; innity_country = “MY”;innity_path = “/200910_1930/8395/”;innity_proxy = “proxy_10079”;innity_ord = “ord=[timestamp]”;function ebBannerFlash_0_7233037268544756_DoFSCommand(command,args){ebScriptWin0_7233037268544756.gEbBanners[0].displayUnit.handleFSCommand(command,args,”ebBannerFlash_0_7233037268544756″);}function ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}

<a href=”http://avn.innity.com/click/avncl.php?bannerid=10079&zoneid=761&cb=3&url=http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp%3FFlightID%3D1056151%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D1082&#8243; target=”_blank”><img src=”http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1056151&Page=&PluID=0&Pos=1082&#8243; border=0 width=400 height=200></a>

Katanya, Israel setakat ini menyerahkan mayat seorang rakyat Palestin dari Arourah yang dibunuh tenteranya pada 1976, selepas menyimpannya hampir 33 tahun atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan.

Media Israel berkata, Mahkamah Tinggi Israel memerintahkan baru-baru ini bahawa mayat Mashhour Al-Arouri diserahkan balik. Perintah itu dibuat selepas keluarga Palestin terbabit mengemukakan petisyen di mahkamah bagi menuntut mayat berkenaan.

Rayuan yang dikemukakan saudara mara Mashhour adalah sebahagian daripada kempen Palestin untuk membawa balik mayat pejuang Palestin yang dibunuh oleh askar Israel dalam operasi mereka.
Issa berkata, mayat Mashhour akan diserahkan selepas pemeriksaan DNA mengesahkan identitinya.

Mahkamah memerintahkan sekiranya mayat berkenaan tidak sesuai dikebumi di Palestin, keluarganya akan diberi kebenaran menziarahi kuburnya.

Rakyat Palestin, bagaimanapun, agak sangsi dengan perkara ini memandangkan kebenaran untuk memasuki Israel jarang diberikan kepada mereka. Issa berkata: “Pengebumian secara paksaan mereka yang mati syahid itu adalah satu bentuk hukuman kepada keluarga mereka”.

Beliau juga berkata, amalan menyimpan mayat berkenaan selama beberapa tahun menimbulkan syak bahawa Israel membunuh mereka selepas mereka ditahan atau organ dalaman mereka diambil.
Sumber Palestin berkata, Israel menyimpan mayat rakyat Palestin dan pejuang Arab itu di empat ‘Perkuburan Bernombor.’ – Agensi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: