Posted by: abcdyg | December 14, 2009

Faizal AF4 Kahwin Kerana Kantoi Khalwat??

KUALA LUMPUR – Juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Mohammad Faizal Ramly, 25, hanya akan mendedahkan identiti isterinya apabila wanita itu yang kini sarat mengandung, melahirkan anak sulung mereka pada bulan depan.

Setakat ini, Faizal hanya mahu memberitahu nama isterinya sebagai Nur Ashikin, 23, seorang pelakon baru dari Temerloh, Pahang.

KERATAN Kosmo! semalam.

“Bila sampai masanya nanti saya akan memperkenalkan isteri dan anak sulung kami.

“Kami sudah lama berkenalan, dan bukannya semasa berlakon filem Momok The Movie,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Perkahwinan senyap mereka pada Februari lalu menjadi kontroversi apabila bapa penyanyi itu, Ramly Yaacob, 60, mengatakan mereka sekeluarga hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan Faizal dua bulan selepas majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan di Temerloh.

Bagaimanapun, Faizal sebelum ini dipetik sebagai berkata, perkahwinannya itu direstui keluarganya dan mereka sendiri telah menghadiri majlis berkenaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: