Posted by: abcdyg | December 12, 2009

Bayaran balik PTPTN meningkat RM4 juta sehari

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Ketegasan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk menyenaraihitamkan peminjam yang enggan membayar ansuran pinjaman membolehkan kutipan harian meningkat kepada RM4 juta.
Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, sebelum ini pihaknya hanya mencatatkan purata kutipan harian RM2.5 juta.
Menurutnya, penguatkuasaan pihak PTPTN yang semakin tegas antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu apabila peminjam mengelak nama mereka daripada disenaraihitamkan.
“Perkembangan ini membuktikan keberkesanan langkah yang diambil PTPTN iaitu berjaya memberi kesedaran kepada peminjam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah sempena kempen ‘Merdekanya Bila Cuti Sekolah’ di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Shahrum memberitahu, adalah tidak adil pihak tertentu mendesak PTPTN memberi kadar pinjaman tanpa kadar caj perkhidmatan.
Menurutnya, ini kerana PTPTN mendapat dana melalui bank-bank dengan kadar caj perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding jumlah yang dikenakan kepada peminjam.
“Bagaimanapun subsidi daripada kerajaan pada masa ini untuk caj perkhidmatan itu sudah pasti meringankan beban peminjam PTPTN. Mungkin ramai yang tidak sedar akan hakikat ini,” katanya.
Sementara itu, Mohamed Shahrum memberitahu, sehingga kini 800,000 akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dibuka di bank-bank yang terpilih dengan nilai deposit lebih RM200 juta.
“Pihak kami akan meneruskan usaha untuk memberi kesedaran menabung kepada masyarakat menerusi SSPN demi kepentingan pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan,” katanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: