Posted by: abcdyg | December 11, 2009

Ujibakat Raja Lawak4 Kuantan hentam keromo

KUALA LUMPUR, 11 NOV 2009:  Biarpun ramai peserta datang ke uji bakat Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4) di Megamall, Kuantan, baru-baru ini, namun tidak begitu ramai yang berjaya menyerlahkan bakat serta kemampuan mereka dalam berlawak.

Produser RL4,  Khairul Nizam Jamaluddin, berkata rata-rata peserta yang datang tidak membuat sebarang homework atau persiapan yang rapi dari sudut mental dan fizikal.

“Sebab itu lawak mereka nampak kosong, tidak mempunyai pengisian, kurang menjadi dan nampak macam main hentam  keromo saja. Tapi ada yang masih tidak putus asa untuk mencuba dan terus mencuba sampaikan mereka sanggup datang ke semua lokasi uji bakat RL4.

“Malangnya, mereka ini hanya sekadar cuba-cuba atau suka-suka. Kalau dapat, dapatlah, Kalau tidak, mereka pun tak kisah padahal, kita mahu cari orang yang betul-betul serius menjadikan bidang ini sebagai kerjaya mereka,” katanya.

Sambung Nizam lagi, kebanyakanya peserta juga sering menggunakan latar cerita yang sama dalam penceritaan mereka iaitu perjalanan mereka dalam menghadiri diri uji bakat Raja Lawak. Masalahnya, pengolahan cerita mereka bukan saja tidak mantap dan kebanyakan cerita lawak itu idea-idea lama yang sudah basi.

“Sesetengah pula cuba meniru Sepah. Ada yang nak tiru Nabil. Tapi, yang menariknya, penyertaan peserta dari segi berkumpulan dan solo adalah sama banyak seperti mana di Johor Bahru.

“Cuma seperti mana yang saya katakan tadi, kalau dibandingkan dengan lokasi uji bakat di Johor Bahru mahu pun di Penang, uji bakat Raja Lawak 4 di Kuantan ini agak kurang menyinar,” katanya.

Sementara itu, uji bakat RL4 di Megamall Kuantan telah diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu dari 31 Oktober & 1 November lalu, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 7 & 8 November dan akan datang di Plaza 1 Borneo, Sabah (14 & 15 November). Uji bakat itu dibuka mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: