Posted by: abcdyg | December 11, 2009

Uji bakat Raja Lawak4 di Sabah

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2009: Sebagai satu kelainan, uji bakat Raja Lawak bagi musim ke-4 (RL4) akan diadakan di Pusat Beli-Belah 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah pada 14 dan 15 November ini.

Produser Raja Lawak 4,  Khairul Nizam Jamaluddin, berkata ia satu sejarah kerana ini adalah julung kali uji bakat Raja Lawak berlangsung di Negeri Di Bawah Bayu.

“Berdasarkan pengalaman menganjurkan uji bakat Akademi Fantasia (AF) di Sabah, respon serta sambutan Orang Sabah ternyata cukup hebat. Itulah yang membuatkan kami terpanggil untuk menganjurkan uji bakat RL4 pula di Sabah. Seperkara lagi, kami juga ingin lihat sejauh mana bakat Orang Sabah dalam bidang lawak jenaka.

“Lagipun pada musim penganjuran Raja Lawak yang telah  lepas, kami lihat tidak ada satu pun wakil dari Sabah yang telah menyertai program ini. Yang ada cuma peserta dari Sarawak sahaja.

“Sepertimana 4 lokasi yang telah diadakan sebelum ini, uji bakat di 1 Borneo ini akan diadakan selama 2 hari dan waktu penyertaan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain daripada uji bakat, kita juga akan  mengadakan showcase di situ yang mana, bintang AF, Candy akan membuat persembahan.

“Malah, ada juga persembahan lawak jenaka daripada 2 bintang Raja Lawak iaitu Along Cham daripada Raja Lawak 2 serta Taugeh (Raja Lawak 1).

“Ini adalah salah satu cara untuk kita menyelitkan elemen hiburan dalam uji bakat RL4. Kita harap ia sedikit sebanyak dapat hiburkan penonton di Sabah nanti,” katanya.

Dari segi keyakinan terhadap bakat serta kebolehan peserta Sabah berlawak, Khairul Nizam berkata, sukar untuk dia menghuraikan tentang perkara itu.

“Apa yang boleh saya katakan di sini ialah saya harap uji bakat RL4 di 1 Borneo ini nanti dapat dijadikan platform untuk mereka menonjolkan kebolehan mereka. Tapi yang saya selalu merisaukan saya adalah dari segi bentuk jenaka serta penggunaan bahasa kerana perkara ini berlaku di setiap negeri yang kita singgah.

“Sebab pengunaan bahasa daerah selalunya tidak begitu difahami. Macam apa yang berlaku di Kuantan. Kebanyakan peserta gemar menggunakan bahasa daerah dan yang agak keterlaluan sukar difahami. Lebih-lebih lagi apabila peserta bercakap terlampau laju.

“Itulah yang mendatangkan masalah kepada juri dan pendengar. Sebab, kita kena ingat pertandingan Raja Lawak ini memerlukan peserta beraksi di gelanggang nasional, jadi, kadang-kala penggunaan bahasa dearah kurang bersesuaian lebih-lebih lagi bila ia digunakan secara keterlaluan,” katanya lagi.
 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: