Posted by: abcdyg | December 11, 2009

Uji Bakat Raja Lawak4 Di Penang Meriah

KUALA LUMPUR, 6 NOV 2009: Ibarat sebuah pesta, keadaan itulah terlihat sepanjang uji bakat Raja Lawak 4 diadakan di Plaza Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 24 & 25 Oktober lalu apabila ia dibanjiri ribuan manusia.

Produser Raja Lawak 4,  Khairul Nizam Jamaluddin, berkata dia sendiri tidak menyangka begitu luar biasanya sambutan yang diberikan penonton di Pulau Mutiara.

“Walaupun pada hari yang sama uji bakat Raja Lawak 4 bertindih dengan program Jom Heboh di Batu Kawan, ia nyata tidak menghalang penonton untuk datang. Penyertaan peserta juga menunjukkan peningkatan yang cukup positif dan beratus-ratus orang telah datang untuk memperlihatkan bakat dan kebolehan mereka berlawak.
Jangan Tak Lihat

“Namun, rata-rata mereka adalah dari kalangan peserta lelaki. Peserta wanita nampaknya masih belum berani menyahut cabaran untuk menandingi peserta lelaki,” katanya

Biarpun masih banyak peserta yang menggunakan bahasa daerah sewaktu berlawak, namun Nizam berkata, lawak mereka tetap dapat difahami ramai termasuklah juri.

“Cara penyampaian mereka juga boleh tahan lucunya. Mungkin, ia disebabkan alunan dan lenggok bahasa mereka yang secara semulajadinya memang kedengaran menarik jika disampaikan secara komedi. Cuma masalahnya ialah bila diminta untuk membuat lawak menggunakan bahasa standard, ia mungkin akan mencetuskan masalah kerana tidak semua peserta boleh berbuat demikian kerana mereka sudah terbiasa menggunakan bahasa daerah.

“Dari segi idea dan originality dalam penyampaian lawak mereka pun menampakkan ianya sesuatu yang baru dan segar. Pendapat ini bukan datang dari saya seorang tetapi daripada pihak juri juga,” katanya.

Uji bakat Raja Lawak 4 yang seterusnya akan  berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam  pada 7 & 8 November dan  Plaza 1 Borneo, Sabah (14 & 15 November). Ia bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Anda semua dijemput mencuba bakat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: