Posted by: abcdyg | December 11, 2009

Ramai Nak Jadi Sepah Junior Di JB

KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2009:  Jika tahun lalu ramai yang ingin jadi seperti Nabil dalam uji bakat Raja Lawak Musim 3, tahun ini pula ramai yang hendak jadi seperti kumpulan Sepah!

Senario inilah yang dapat dilihat dalam uji bakat Raja Lawak 4 yang telah berlangsung lokasi pertama di Plaza Kotaraya, Johor Bahru pada 17 dan 18 Oktober lalu.

Dengan jumlah sebanyak 250 peserta yang hadir pada kedua-dua hari tersebut, hampir kesemuanya hendak mencuba nasib sebagai peserta berkumpulan berbanding solo.

Produser Raja Lawak 4,  Khairul Nizam Jamaluddin, ketika diwawancara berkata, tahun ini, apa yang mereka jangkakan dan apa yang mereka sasarkan, nyata tercapai.

“Sama ada dari segi bilangan peserta mahu pun kualiti yang ditonjolkan. Cuma, tahun ini lebih banyak group yang lebih menonjol. Mungkin, semua ini adalah pengaruh daripada kumpulan Sepah.

“Sebab itulah kebanyakan peserta yang datang, tampil dengan idea secara berkumpulan dan apa yang menarik kebanyakan yang datang pula adalah dari kalangan wajah-wajah baru yang tidak pernah mencuba nasib lagi dalam program Raja Lawak.

“Yang sudah biasa datang pun ada. Tapi, kebanyakan mereka boleh dibilang dengan jari. Lawak yang ditonjolkan pula tidak terlalu kasar. Tetapi lebih banyak lawak beridea yang agak bijak,” katanya.

Walaupun tidak menetap sebarang kuota untuk pengambilan peserta di setiap lokasi uji bakat, Nizam mengakui bahawa mereka sudah menemui 2 potensi peserta yang layak untuk diketengahkan dalam Raja Lawak 4.

“Seorang daripada ialah peserta berkumpulan dan seorang lagi peserta solo.Ada sesuatu dalam diri mereka yang cukup menarik. Ada juga peserta berkumpulan wanita yang mencuba nasib. Keberanian ini mungkin diperolehi menerusi peserta wanita dari Kulai pada tahun lalu iaitu Yatt. Ada juga di antara peserta ini yang mempunyai hubungan baik dengan beberapa peserta Raja Lawak lalu.

“Misalnya ada yang berguru dengan Taukeh, ada yang kawan baik kepada kumpulan Ketampi. Malah, salah seorang anggota kumpulan Ketampi turut datang memberikan sokongan terhadap rakannya itu.

“Ada pula yang peserta yang datang merupakan anggota asal kepada kumpulan Sepah itu sendiri. Apapun, uji bakat selama 2 hari di Johor Bahru telah berlangsung dengan meriah,” katanya.

Jelas Nizam lagi, dia juga cukup berpuas hati dengan cara Din Beramboi menjalan tugasnya sebagai juri.

“Walaupun Din Beramboi  seorang yang gila-gila tapi dia tahu menilai seseorang peserta dan dia tahu apa yang kami mahukan daripada seseorang peserta itu. Malah, dia juga telah mencetuskan suasana yang cukup gamat dan meriah sewaktu uji bakat itu berlangsung. Mudahan-mudahan akan ada peserta yang lebih menonjol lagi di lokasi uji bakat Raja Lawak Ke-4 yang seterusnya,” katanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: