Posted by: abcdyg | December 11, 2009

Jozan Tidak Lagi Hoskan Raja Lawak 4?

KL, 20 OKTOBER 2009:  Rasa macam masih baru kumpulan Sepah menjadi Raja Lawak 3. Sedar sedar program realiti TV itu dah nak masuk musim ke-4 tidak lama lagi. Murai Batu tahu ramai penonton Astro sudah tidak sabar-sabar lagi melihat aksi bakat-bakat di luar sana yang mahu mencuba nasib dalam program popular itu.

Apakah Raja Lawak 4 akan menyaksikan perubahan besar di mana peserta wanita pula menjadi juara? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi dalam menunggu kemunculan rancangan itu, Murai Batu terdengar khabar mengatakan pasangan hosnya, Johan dan Zizan yang terkenal dengan nama Jozan, tidak akan mengendalikan lagi program ini bersama-sama.

Amboi, dulu bukan main ngam macam belangkas. Sekarang takkan dah beralih angin selepas Johan dah kahwin?

Bukan apa, bagi Murai Batu, Raja Lawak best sebab ada Jozan. Gelagat spontan mereka itu pun dah cukup kelakar. Kalau tukar orang lain, ia belum tentu akan mempertahan rating Raja Lawak 4 nanti.

Murai Batu akan cuba mendapatkan kepastian daripada Johan dan Zizan sendiri sejauh mana benarkah gosip ini. Harap-harap kalau ada problem, cuba selesaikan secara baik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: