Posted by: abcdyg | December 11, 2009

Babak Peluk Akim, Noni Dapat Perhatian

KL, 6 NOVEMBER 2009:  Selepas tengok drama Kau & Aku di Astro minggu lalu, makin seronok pula melayan drama lakonan bakat baru seperti Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila dan Farish Aziz ini.

Ramai juga memberikan komen positif dan tidak kurang mengkritik drama itu terutama dari segi lakonan. Antaranya, ada pihak kurang setuju dengan pemilihan Mila dan mahu tempat Mila digantikan dengan Aishah AF7. Biasalah, semua kan masih baru, lama-lama nanti OK lah tu.

Ada juga komen tentang babak Noni terjatuh di pangkuan Akim. Kata mereka aksi itu macam sengaja dibuat-buat. Tapi kata mereka Akim tentu suka dengan adegan tersebut dan cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Noni. Alah, janganlah macam tu, semuanya kan hanya lakonan.

Dari segi lakonan, Ika Nabila, Farish dan Noni lebih bersahaja, mungkin sebab mereka sudah lama berlakon berbanding yang lain.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: