Posted by: abcdyg | December 10, 2009

Bercerai Akhirnya…

Dua kali berkahwin dan kedua-duanya menemui kegagalan, bagi Natasha Hudson apa yang berlaku sudah ditetapkan. Tidak mengambil kisah apa yang diperkatakan masyarakat kerana baginya mereka bebas berkata apa yang disukai.

“Takkanlah saya nak hidup atas apa yang orang katakan. Masyarakat memang suka bercakap dan biarkanlah. Itu buatkan saya lebih tabah.

“Tipulah kalau saya tak sakit hati tapi memang tak boleh elak semua itu. Saya hanya berharap tahun depan akan menjadi tahun yang lebih bagus untuk diri,” kata bekas isteri kepada ahli politik, Datuk Shahrin Zahari.

Tidak mengiyakan atau menidakkan hubungan tersebut retak berpunca daripada latar belakang dunia yang berbeza. Namun ibu kepada Nessa Helena lebih senang untuk tidak membicarakan punca sebenar perceraian mereka.

“Kami berpisah based on mutual understanding dan tanpa pergaduhan. Yang pastinya ia tiada kaitan dengan pihak ketiga.

“Saya tak menolak kemungkinan untuk rujuk kembali jika ada jodoh. Namun masa yang tentukan,” ujarnya yang diceraikan dengan talak satu.

Menyedari permasalahan yang timbul sejak sekian lama, namun segalanya berakhir setelah keduanya berbincang dan mengambil keputusan untuk mengakhiri ikatan tersebut dengan lafaz cerai.

“Saya buat pengakuan ini sebelum timbul lebih banyak fitnah. Bukan untuk publisiti, tapi saya tak mahu menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada,” tegas Natasha.

Natasha juga menafikan akan mencari teman hidup yang berstatus ‘Datuk’. Menurutnya, dua perkahwinan sebelum ini bukan berdasarkan harta, jauh sekali status ‘Datin’ yang disandang ketika perkahwinan keduanya.

“Saya tak pernah gunakan status tersebut. Saya pun berasal daripada keluarga sederhana so tak kisah untuk hilang semua itu sekelip mata,” ujarnya yang mengakui masih cintakan bekas suaminya.

Fokus Kepada Anak dan Keluarga

Membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi bukanlah perkara yang mudah. Ini diakui sendiri Natasha.

“Memang susah hidup tanpa suami. Namun dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Kami masih berjumpa seperti biasa dan sangat rapat.

“Walaupun berpisah, namun saya masih memerlukan pendapat dia dalam setiap apa yang dilakukan. Bagi saya, hubungan kami sangat amazing walaupun selepas kahwin,” akui Natasha.

Beliau turut bersyukur tiada perebutan hak penjagaan anak namun buat masa ini Nessa akan berada dalam jagaannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: