Posted by: abcdyg | December 10, 2009

Band Indie Sekarang Tak Ada Kualiti

“Saya memang kecewa dengan kemunculan terlalu banyak band indie yang saya rasakan belum cukup layak untuk buat album sebenarnya.

“Trend ini tak elok dan boleh membunuh industri kita. Kalau dulu, muzik sebegini tak ada peluang untuk buat album kerana muzik mereka terlalu ringkas,” luah penyanyi otai, Ameng Spring.

Ameng turut menegaskan kemunculan terlalu banyak program realiti di kaca televisyen salah satu penyumbang kepada kemusnahan industri hiburan di Malaysia. Kemunculan terlalu banyak penyanyi baru walaupun tanpa sebarang album merosakkan industri.

“Kalau kita lihat sekarang senang sangat untuk jadi penyanyi. Ada satu single, dah boleh jadi penyanyi. Sebab itu banyak yang tak ada kualiti.

“Kalau kita lihat Bintang RTM dulu, hanya yang menang saja boleh buat album dan sebab itu penyanyi dulu bertahan sehingga kini kerana kualiti yang ada pada suara mereka.

“Tak macam sekarang, terlalu banyak program nyanyian. Dan yang hairannya, yang kalah pun boleh buat album. So tak ada bezalah antara kalau tak menang pun sebab still dapat jadi penyanyi.

“Secara jujurnya, saya kecewa dengan industri muzik sekarang kerana dipandang rendah oleh segelintir pihak.

“Saya hanya meluahkan apa yang dilihat. Sebab perjuangan kami dulu lain sangat dengan sekarang,” luah penyanyi berusia 41 tahun ini.

Tidak dinafikan kemunculan penyanyi baru bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tiada bakat pun masih berpeluang menjadi artis sehingga melumpuhkan kualiti industri tanah air. Namun apakan daya, semuanya terpulang kepada masyarakat kerana pilihan di tangan mereka.

Muncul Dengan Album Baru

Menyepi selama lima tahun, namun bekas penyanyi kumpulan Spring ini masih aktif memenuhi undangan nyanyian terutamanya bagi peminat yang merindui suara lunak merdu ini.

“Saya berniaga di kampung masa tak buat album. Sekarang saya kena mula balik daripada bawah. Yelah, sebab dah lama tak ada album so orang tak ingat kita pernah wujud dalam industri.

“Tapi saya rasa saingan tak kuat sebab kita ada identiti sendiri. Dan saya akan turun padang untuk promosikan album ini sebab peminat lebih teruja membeli album bila berjumpa sendiri dengan artis,” ujarnya yang selesa dengan gelaran Ameng Spring walaupun tidak lagi bersama kumpulan tersebut.

Dalam kesempatan menemubual anak kelahiran Besut, Terengganu ini, beliau mengakui pasaran album sekarang mengalami kemerosotan akibat daripada cetak rompak dan juga aktiviti muat turun di internet. Selain itu, penyanyi yang mengagumi Stacy dan Faizal Tahir ini mengakui lebih senang bergerak solo selepas meninggalkan Spring kerana menurutnya terlalu banyak komitmen yang harus dilunaskannya buat masa ini.

Ameng Spring kini muncul dengan album Ameng (Spring) – Terima Kasih yang menggabungkan lapan buah lagu terhebat seperti Sampai Hati, Bourgenvilla, Sejujur Mana Kata-Kata dan beberapa buah lagu penuh memori sepanjang bersama Spring di bawah terbitan FMC. Ia turut memuatkan dua lagu baru Kesalanku dan Sudikah Jadi Kekasihku yang kini sedang hangat diputarkan di corong radio. Dapatkan album MTV Karaoke yang hanya dijual dengan harga RM19.90.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: